Assamualaikum
dan salam sejahtera saya Azizul Bin Anwari, ingin melampirkan laporan tentang lawatan yang telah diadakan pada 20
NOV 2014 (khamis). Saya dan rakan yang lain telah diberi tugas oleh Puan
Shukrine Binti Abdul Azizul untuk membuat report tentang lawatan ke kilang coklat. Yang dianjurkan bersama-sama
Unit Pembangunan Pelajar (UPP) dan school of SCA untuk pergi ke ke kilang
coklat yang terletak di Kota Damansara.
Kami
berkumpul di depan kolej PTPL pada pukul 12.30 pm. Bas tiba kira-kira pada
pukul 12.50 pm. Sebelum kami bertolak ke destinasi, kami mendaftarkan kehadiran
dan membuat bayaran kepada pihak UPP. Setelah selesai sesi pendaftaran dan
pembayaran, kami bertolak ke destinasi yang di tuju. Perjalanan mengambil masa
kira-kira satu jam. Kami tiba pada pukul 1.30 pm.
Sejurus
sampai ke kilang kami berkumpul dan diberi sedikit taklimat oleh pihak kilang
yang bergelar chef tentang penghasilan dan pemprosesan coklat. Kami juga diberi
tahu coklat terdapat tiga jenis iaitu white coklat,milk coklat, dark coklat dan
bagai mana cara mengetahui jenis coklat itu tadi. Setelah selesai mendengar taklimat, kami
dibawa kepameran tentang sejarah penghasilan coklat mula terhasil. Kami juga
dapat mengetahui apa kandungan dan khasiat yang terdapat didalam isi coklat
yang dihasilkan.
Selain itu,
kami juga diberi peluang untuk melihat cara penghasilan coklat. Sambil kami
melihat cara pemproses mereka juga telah memberitahu tiga jenis-jenis coklat
yang diterangkan itu tadi. Disitu juga,kamidapat merasa coklat yang dibuat oleh
chef itu tadi. Sedikit sebanyak kami juga dapat mempelajari cara membuat,
pemprosesan dan jenis-jenis coklat. Setelah kami melihat cara membuat coklat,
kami juga diberi kelonggaran untuk membeli coklat-coklat di sebuah kedai yang
terdapat didalam kilang coklat tersebut. Disitu saya berpeluang membeli dan
mencuba coklat asli buatan malaysia coklat.
Akhir
sekali, setelah kami habis membeli berbelanja. Kami memberi sedikit cendera
hati daripada unit pembangunan pelajar (UPP) kepada pihak kilang sebagai tanda
terima kasih kerana telah memberi kami satu pengetahuan baru dalam menghasilkan
dan pemprosesan coklat. Kami merasa puas dan gembira dengan lawatan ini. Kami
juga ingin mengucapkan ribu terima kasih kepada pihak kolej dan pihak unit
pembangunan pelajar (UPP) yang sudi membuat program ini untuk kami sebagai
pelajar SCA di kolej PTPL ini.. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment